Kediaman kini tidak lagi kaku seperti dahulu. Telah banyak rungutan daripada pemilik kediaman teres. Panas, pencahayaan semula jadi kurang dan ruang yang tidak berbaloi dengan harga rumah. Kini, muncul sebuah projek yang menyelesaikan semua masalah tersebut. Tidak kurang hebatnya dengan idea buat pemilik lain untuk melaram dekorasi. IMPIANA meninjau sebentar projek pemaju Worldwide Holdings Berhad kediaman ini dengan aman.
     
   

TERLETAK di U5 Shah Alam, kediaman teres dua tingkat yang diberi kemasan semula jadi yang menarik, bersedia menanti khayalak. Dibina dengan ruang yang cukup selesa buat seisi keluarga, bersama permainan pelan lantai yang pintar. Ini adalah kerana terdapata banyak bukaan yang membenarkan cahaya menerobos kepelbagai sudut. Kepekaan seperti adalah menepati ciri-ciri kediaman di kawasan tropika seperti Malaysia.

RUANG TAMU ELEGAN

Kediaman yang mempunyai keluasan 2,276 kaki persegi ini mempunyai ruang tamu yang luas daripada biasa. Pilihan sofa moden bersaiz antarabangsa masih lagi dapat memberi lebihan ruang selesa untuk bergerak. Perang dirasakan paling serasi dengan konsep kediaman yang juga bermain dengan warna bumi. Pilihan garisan kemas pada perabot meringankan pandangan. Jendela yang agak luas di bahagian ruang tamu dilangsiri bidai roman fabrik tegap.

 


Halaman: 123456