 |
Perabot trend terkini polos tanpa corak. Rentak urban dan memberi satu pandangan senang pada jiwa. Sofa berbentuk 'L' bukan sahaja memudahkan mengurus ruang tamu, tetapi menjadi pemidang antara dua ruang dan kemas. Permainan tekstur sebagai ganti agar sofa yang dipilih tidak kelihatan murah. Rona merah pada dinding utama menyegarkan lagi ruang. Eksklusif dan moden. Paling tidak, ia menyeimbangkan antara dinding dan perabot yang kebanyakannya polos. |
 |