Pilihan kertas dinding polos dengan rona kuning mustard pada dinding utama sudah cukup ranggi. Tambahan pula, jika anda memilih kemasan laksana kamar sang ratu. Bayangkan pilihan rona merah hati yang diperbuat daripada fabrik berkilau menjadi cadar katil anda. Sudah pasti gaya deekorasi kamar lebih menyerlah dan mengelakkan daripada kelihatan bosan. Lupakan sebentar langsir. Apa kata kita memilih bidai kayu agar jendela yang besar mampu memberi pencahayaan semula jadi yang sesuai dengan keadaan.
Kamar beradu juga disambungkan terus kepada kamar membaca. Ia adalah satu rekaan pintar. Malah, ruang membaca ini juga bersebelahan kamar mandi. Bezanya bukan konkrit sahaja yang digunakan sebagai sempadan. Tetapi sebagai penyeri ruang dan paling penting pencahayaan tidak kaku disitu. Pintu gelangsar menjadi batas yang menghalakan pemilik terus ke ruang keluarga. Terdapat balkoni yang agak luas juga di kawasan keluarga. Sesuai untuk seisi keluarga menghabiskan masa bersama pada hujung minggu. |