Tidak perlu sarat. Kemasan lantai yang menarik dan susur tangan unik pada ruang keluarga sudah cukup untuk menambat hati. Apa yang perlu diisi ialah kemasan lembut dan beberapa aksesori ringkas. Kamar Kedua dan ketiga juga tidak kurang hebatnya.

KEMASAN LANTAI YANG MENARIK DAN SUSUR TANGAN UNIK PADA RUANG KELUARGA SUDAH CUKUP UNTUK MENAMBAT HATI.

Ruang yang cukup luas dalam memberi keselesaan terbaik untuk penghuni. Jika ditinjau pada kemasan lantai, jubin kamar mandi akan dilebihkan dalam satu kaki enam inci pada hadapan pintu. Ini bertujuan mengelakkan kemasan kayu lekas lapuk mahu pun tercabut ekoran kelembapan setiap kali keluar dari kamar mandi. Jika dibelek, rekaan unit kediaman ini mementingkan keselesaan daripada segi pencahayaan, sistem kita udara dan pergerakan manusia didalamnya. Kemasan yang selamat dan peletakan amali bukan sahaja memberi ciri keselamatan penghuni, bahkan kemasan lampu mampu bertahan lama.



Halaman: 123456